Wednesday, September 29, 2010

Are RM69 million dividends enough for the Salcra participants?

The figure of RM69,000,000 look big. But it does not mean that those who are involved participating in the Salcra scheme would be getting big sum of monies.

What is the purpose of telling everybody that Salcra is to give RM69 million when many of the participants are going to get titbits.

If Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu is honest when he said Salcra was targeting to give RM69 million as dividends this year, he also should disclose to all on the minimum net amount of dividends to be received by the participants.

Hopefully it is not going to be only RM1.
---------------------------------

SALCRA beri RM69 juta dividen tahun ini


September 28, 2010, Tuesday


KOTA SAMARAHAN: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) mensasarkan pemberian RM69 juta dividen kepada peserta skim ladang kelapa sawit lembaga itu pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata SALCRA akan dapat mencapai sasaran itu memandangkan prestasi terkini lembaga pembangunan tanah adat itu.

Beliau yang juga pengerusi SALCRA berkata, bagaimanapun tanpa usaha gigih peserta dan semua pekerja lembaga terbabit, sasaran berkenaan ti-dak akan menjadi kenyataan.

Menurut Jabu, ini merupakan sasaran tertinggi pemberian dividen yang pernah di-letakkan oleh lembaga ini.

“Memandangkan prestasi terkini SALCRA, kami menjangkakan dapat memberi dividen yang lebih besar iaitu sebanyak RM69 juta kepada peserta skim lembaga ini pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Wisma SALCRA di sini semalam.

Majlis perasmian itu dilakukan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Hadir pada majlis itu ialah Speaker Dewan Udangan Ne-geri Sarawak Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Turut hadir pada majlis itu ialah ahli Lembaga Pengarah SALCRA, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Dato Sri William Mawan Ikom dan Menteri Pembangunan Infra-struktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin.

Wisma SALCRA yang di-bina dengan perbelanjaan RM67,450,700 (RM67.4 juta) merupakan bangunan berteknologi pintar yang dilengkapi kemudahan ICT.

Dengan pelancaran ini maka SALCRA yang menumpang selama ini kini mempunyai ibu pejabat sendiri.

SALCRA kini mempunyai 14 estet perladangan dengan 18,000 peserta membabitkan kawasan tanah seluas 50,000 hektar.

Jabu berkata, sejak penubuhan SALCRA pada 1976 dengan estet pertamanya di Maridun Lubok Antu, SALCRA telah memberi RM331.4 juta dividen kepada pesertanya.

“Pada tahun ini kami ingin melengkapkan jumlah itu kepada angka genap iaitu sebanyak RM400 juta dividen ke-pada peserta,” katanya.

Beliau berkata, SALCRA pada masa ini adalah sebuah ba-dan berkanun yang telah membuktikan kemampuannya untuk mambantu mengubah taraf hidup rakyat di luar bandar.

Sementara itu mengulas perkembangan lain dalam SALCRA, beliau menyatakan rasa bangganya terhadap pemilik tanah adat kerana telah me-nyambut baik pembangunan tanah pusaka mereka.

Katanya, mereka telah menolak tohmahan pembangkang yang sentiasa membantah pembangunan tanah adat, sebalik-nya telah menyokong dasar pembangunan tanah yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

No comments:

Post a Comment