Oleh Waarheid Mirino
KUCHING: Dalam amalan sesebuah negara demokrasi, warganya juga tidak boleh disalahkan jika enggan berdaftar sebagai pemilih.
KUCHING: Dalam amalan sesebuah negara demokrasi, warganya juga tidak boleh disalahkan jika enggan berdaftar sebagai pemilih.
Bagaimanapun, ia langsung tidak disentuh oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mendedahkan alasan di sebalik orang ramai enggan mendaftar.
Kajian oleh SPR dan Universiti Teknologi Malaysia tidak menggariskan 'enggan mendaftar' sebagai antara alasan mengapa mereka, meskipun layak, enggan menjadi pengundi.
Kajian oleh SPR dan Universiti Teknologi Malaysia tidak menggariskan 'enggan mendaftar' sebagai antara alasan mengapa mereka, meskipun layak, enggan menjadi pengundi.
Sebaliknya mereka hanya mendapati golongan tersebut tidak minat dalam urusan berkaitan politik; malas untuk mendaftar; tidak ada masa sebab sibuk dengan tugas harian; dan tidak tahu tempat untuk mendaftar.
Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata setakat 31 Mac 2010 Sarawak mempunyai 947,092 orang pemilih berbanding 1.42 juta orang yang layak.
Bermakna, seramai 479,553 orang atau 33.6 peratus masih belum berdaftar.
Mengapa golongan tersebut enggan menjadi pengundi?
SPR dan UTM enggan mendedahkan semua punca yang menyumbang kepada keengganan menjadi pengundi hasil dari kajian yang telah dilakukan.

Punca utama belia enggan mengundi ialah tanggapan bahawa tidak ada satu pun parti politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, yang benar-benar ikhlas membantu rakyat.
"Semua ingin memenuhkan kocek masing-masing. Politik dijadikan mereka sebagai gelanggang untuk menjadi kaya," kata seorang pengundi bernama Ahmad yang berusia 30 tahun.
Sambil meluahkan rasa kecewa dengan sikap politikus di negara ini, beliau memberitahu beliau sengaja memilih untuk tidak mendaftar sebagai pengundi.
Mungkin tindakan beliau umpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Ahmad tidak boleh dipersalahkan. Beliau menggunakan hak sebagai rakyat dalam negara demokrasi.
Ia umpama tindakan seseorang pengundi berdaftar yang enggan turun memangkah kertas undi ketika pilihan raya.
Ironinya, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam nada lembut tetapi penuh makna, meminta parti-parti politik membantu SPR menjalankan pendaftaran pengundi baru.
Mungkin parti-parti politik di Sarawak terutama BN masih berada dalam zon selesa hingga mereka tidak 'desperado' dalam mendapatkan undi ke arah kemenangan dalam pilihan raya!
Beliau mengakui ia berbeza dengan sokongan yang menggalakkan diberi oleh parti-parti di semenanjung.
Parti-parti di semenanjung telah sedar dengan kuasa rakyat dalam memberi legitimasi kepada parti politik untuk membentuk kerajaan.
Selepas pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan BN tewas teruk ketika zaman pemerintahan 'liberal' oleh Tun Ahmad Badawi, BN dan parti-parti pembangkang mula aktif mendaftarkan orang masing-masing.
Tindakan itu adalah dengan harapan undi untuk parti masing-masing bertambah dengan membawa masuk golongan yang dikenalpasti berpotensi menyokong mereka.
Faktor penolak dalam iklim politik Sarawak belum menyedarkan parti politik terutama BN.
Mungkin selepas pilihan raya negeri?
Dewan Undangan Negeri akan tamat tempoh pada Julai 2011.
Orang yang tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi seumpa seorang pelajar sekolah yang ponteng sekolah?
ReplyDeleteapakah dia tidak diajar di sekolah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara Mlalaysia ?
Minta dia ambil exam pengajian Am.
Bukan semua belia tidak minat mengundi..jangan sama kan semua orang..
Faham...